Friday, 3 June 2011

kebenaran tentang DAJJAL

kali ni korg berlegar lah pulak di kawasan 'perkampungan keinsafan' . bace dulu! gempak ouh!


Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal ..
 Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. 

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

Thursday, 2 June 2011

UJANG

korang pernah dengar tak majalah UJANG ?? kompem penah kan . kalau tak pernah tu, meh sini aku nak koba kan ., majalah ni ialah majalah lawak yang memberikan hiburan bernama  ketawa sampai cirit . kadang2 aku rase lawak dorang takdelah sampai cirit pon, setakat kentot berdarah tu adelah .




bagi aku lah kan , majalah ni lebih kelakar dari edisi pertama sampai 280 . bile dah lame2 , maybe idea lawak dorang dah kering . aku rindu SANGAT ujang yang lame . kuang3 ~

bunkface



Profil Sam (vokalis)

-Nama sebenar: Shamsul Annuar
-Tarikh lahir: 11 Disember 1987
-Tempat lahir: Basildon, England
-Zodiak: Sagitarius
-Adik beradik: Anak kedua daripada empat beradik


Profil Youk

-Nama sebenar: Muhammad Farouk Jaafar
-Tarikh lahir: 15 April 1989
-Asal: Kuala Lumpur
-Zodiak: Aries
-Adik beradik: Anak tunggal


Profil Paan

-Nama sebenar: Ahmad Farhan Hashim
-Tarikh lahir: 24 Ogos 1987
-Asal: Butterworth
-Zodiak: Virgo
-Adik beradik: Anak kedua daripada empat beradik.









Info Bunkface

> Sam dilahirkan di Basildon, England . namun sejak umur lima tahun dia sudah kembali ke Malaysia. Anak kacukan British (sebelah ibu) dan Melayu (bapa) ini juga berbakat untuk diketengahkan di dalam bidang komersial.

> Sam mengenali Youk sejak usia 8 tahun, manakala Paan berkawan dengan Biak bermula di darjah 2.

> Nama Bunkface ini adalah hasil cetusan idea Biak sendiri yang diilhamkan daripada sebuah lagu nyanyian kumpulan Sum 41 berjudul Crazy Amanda Bunkface.

> Mengetengahkan konsep pop punk dan lebih terarah merakamkan lagu berbahasa Inggeris ciptaan mereka sendiri. Namun atas cadangan Paan, maka terhasillah lagu Situasi sekadar mencuba angin baru.

> Lagu Situasi merujuk kepada kehilangan satu benda yang berharga akibat kesilapan diri sendiri.
> Album penuh mereka  berjudul Phobia Phoney dan semua lagu ciptaan mereka dirakamkan di studio 2105, Taman Tun Dr Ismail milik kumpulan Pop Shuvit.


SEGALA YANG TERCATAT DI ATAS ADALAH BUKAN HAK MILIK ASAL RUANG LEGAR . RL